Kelas Keusahawanan & Kursus Asas Solekan
28 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Keusahawanan dan Kursus Asas Solekan telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Mei 2017. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta bagi membolehkan mereka menjadi usahawan dalam solekan dan kecantikan. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan pegetahuan asas berkaitan usahawan dan keusahawanan. Selain itu, para peserta diperkenalkan kepada peralatan solekan, produk-produk kosmetik serta teknik-teknik asas solekan yang mudah.
Kelas yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Serasot, selama 1 jam bermula dari 3.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: